Peter Lynch, pengurus dana terkenal di dalam bukunya One Up On Wall Street, menulis “Unit Amanah adalah ciptaan yang sesuai bagi individu yang tidak mempunyai masa atau pun motivasi bagi menguji kebolehan mereka dengan pasaran saham dan bagi orang yang hanya ada modal kecil tetapi berhajat besar mahu melabur dalam pasaran saham.”
Melabur dalam pasaran Unit Amanah mempunyai kelebihannya yang tersendiri jika dibandingkan dengan Open Share Market (melabur terus ke dalam pasaran saham). Pelan simpanan Unit Amanah merupakan pelaburan yang berisiko rendah dan jika dibandingkan di antara keduanya (Unit Amanah vs. Open Share Market), konsep yang lebih jelas di antara kedua-dua pelan simpanan tersebut adalah ‘sama tapi tak serupa’.
Apa Unit Amanah?
Unit Amanah merupakan satu skim pelaburan kolektif dalam sebuah portfolio yang mengandungi pelbagai instrumen pasaran modal yang diuruskan secara sistematik oleh pengurus-pengurus dana profesional.
Unit Amanah adalah skim pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang yang dilaksanakan dengan mengumpulkan wang daripada ramai pelabur ke dalam satu dana dan diuruskan oleh pengurus dana secara profesional dan sepenuh masa. Pengurus dana pula melaburkan wang yang dikumpulkan itu ke dalam saham atau sekuriti yang dibenarkan bagi pihak pelabur. Pelabur-pelabur pula menikmati pulangan pelaburan mereka menerusi pengembangan modal dan dividen.
Unit Amanah vs. Saham (Open Share Market)
Ramai dikalangan kita serta para pelabur yang beranggapan bahawa melabur dalam Unit Amanah adalah sama seperti bermain Saham (Open Share Market) kerana silap sendiri ataupun dipengaruhi oleh penasihat mereka. Ini menyebabkan mereka cuba ‘menilik’ pergerakan pasaran. Ada yang bernasib baik tetapi hakikatnya lebih ramai yang gagal.
Pelabur yang beranggapan bahawa Unit Amanah adalah sama seperti Saham akan melabur secara terburu-buru. Ibarat pemandu yang memandu secara terburu-buru dalam arus trafik dan menukar lorong secara tiba-tiba tanpa menghiraukan keselamatan diri asalkan sampai ke destinasi.
Situasi yang sedemikian tiada bezanya seperti pelabur yang bertindak memindahkan simpanannya daripada satu dana ke satu dana yang lain sepanjang masa tanpa mempraktikkan strategi ataupun memberi masa kepada pelaburannya supaya bercambah dan cuba mengejar pulangan yang tinggi dalam masa yang singkat.
Pelabur yang sedemikian tiada sikap sabar dalam kamus pelaburan terhadap pelan simpanan kewangannya sedangkan konsep pelaburan pelan simpanan Unit Amanah adalah lebih kepada horizon waktu. Masa yang ideal diperlukan bagi simpanan sesuatu dana melalui pelan simpanan Unit Amanah adalah paling kurang sekitar tiga tahun.
Rahsia bagi manfaat pulangan berganda melalui pelan simpanan Unit Amanah kuncinya terletak pada masa. Masa memainkan peranan penting terhadap pengembangan sesuatu dana kerana semakin lama tempoh kita menyimpan, maka semakin tinggi pulangan yang bakal kita nikmati. Unit Amanah kurang sesuai bagi pelabur yang mahukan pulangan cepat. Pelaburan Unit Amanah memang nampak membosankan tetapi kita mampu tidur lebih lena kerana pelaburan kita terjamin.
Rahsia Menggandakan Keuntungan Dalam Unit Amanah
under:
advantage,
opportunity
Search
Categories
- advantage (5)
- KWSP (7)
- market report (25)
- opportunity (17)
- pelaburan syariah (10)
Powered by Blogger.
Archives
-
▼
2010
(16)
-
▼
November
(13)
- Market Wrap: Week Ended 26 Nov 2010
- Rahsia Menggandakan Keuntungan Dalam Unit Amanah
- More EPF Members Making Withdrawals for Unit Trust...
- Market Wrap: Week Ended 19 Nov 2010
- Kadar caruman KWSP pekerja 11%
- Dana-dana Islam baru Public Mutual bermatlamat men...
- Market Wrap: Week Ended 12 Nov 2010
- The Cost of Waiting to Invest
- Dana Islam - Lebih Berdaya Tahan
- Market Wrap: Week Ended 29 Oct 2010
- Kalkulator Pengiraaan Simpanan KWSP Yang Boleh Dil...
- Kelebihan Pelaburan Syariah Unit Amanah
- Public Mutual Fund - Unit Trust from Public Bank
-
▼
November
(13)
0 Comments Received
Leave A Reply