Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual, mengumumkan pengagihan untuk empat daripada dana-dananya. Jumlah pengagihan kasar dan pecahan unit yang diumumkan untuk dana-dana yang mempunyai tahun kewangan berakhir pada 31 Januari 2011 adalah seperti berikut:

Public Dana Index (PIX): 6.00 sen seunit
Public Dana Islamic Optimal Growth (PIOGF): 1.25 sen seunit
Public Dana Enhanced Bond (PEBF): 3.00 sen seunit (dengan pecahan unit: 1:20)
Public Dana Money Market (PMMF): 2.50 sen seunit

Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual Yeoh Kim Hong berkata menurut Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 17 Januari 2011, Public Dana Index dan Public Dana Islamic Optimal Growth telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 23.7% dan 20.19% masing-masing bagi tempoh berakhir 7 Januari 2011. Kedua-dua dana tersebut terbuka untuk Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Bagi Public Dana Enhanced Bond pula, ia telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 8.59% bagi tempoh berakhir 7 Januari 2011, sementara itu, Public Dana Money Market telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 2.32% bagi tempoh yang sama.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dengan menguruskan sebanyak 84 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,380,000 pemegang akaun dan pada 30 Disember 2010, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM40.6 bilion.