- Public Select Alpha-30 Fund
- Public Islamic Select Bond Fund
Additional Funds Approved under Employees Provident Fund Members Investment Scheme (EPF-MIS)
Perlukah Perancangan Kewangan Selepas Persaraan ?
Persoalan ini sentiasa akan bermain di dalam fikiran kita yang hanya berkerja "MAKAN GAJI", Ke manakah kita selepas persaraan ? Macamana dengan sara hidup pasca persaraan ?
Sekiranya anda adalah pencarum KWSP, anda sebenarnya boleh memanfaatkan Skim Pelaburan Ahli KWSP yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia. Ini kerana, akaun KWSP adalah suatu akaun simpanan, dan sudah tentu ia tidak dapat memberikan pulangan yang tinggi. Dengan adanya skim ini, pencarum boleh mengeluarkan sebahagian simpanan mereka untuk dilaburkan ke dalam pelaburan unit amanah yang diluluskan.
En. Ooi Kok Hwa, seorang kolumnis akhbar The Star, pernah menulis sebuah artikel menarik mengenai perancangan persaraan menggunakan simpanan KWSP <klik sini>. Beliau merupakan seorang perunding kewangan profesional di Malaysia.
Selepas membaca artikel ini, fikir-fikirkanlah…..
Public Dana Ittikal Sequel dilancarkan
Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual telah melancarkan sebuah dana Islam baru, Public Dana Ittikal Sequel (PITSEQ) pada 11 Oktober 2011. PITSEQ merupakan sebuah dana ekuiti Islam yang bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang.
Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual Yeoh Kim Hong berkata, “Ekonomi Malaysia dijangka menunjukkan pertumbuhan berdaya tahan sebanyak 4.8% dan 5.3% dalam tahun 2011 dan 2012 masing-masing, disokong oleh perbelanjaan pengguna yang kukuh serta pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan. PITSEQ memberi anda peluang untuk mengambil bahagian dalam potensi pertumbuhan pasaran ekuiti melalui pelaburan ekuiti patuh Syariah dalam portfolio pelbagai syarikat berkaitan indeks, saham mewah dan syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan dan disenaraikan di Bursa Sekuriti.”
Beliau bertambah, “PITSEQ dilengkapi dengan perlindungan takaful percuma bagi Perlindungan Hayat Kumpulan dengan Hilang Upaya Sepenuhnya dan Kekal di samping Kemalangan Diri Kumpulan bagi pemegang unit yang berumur di antara 18 hingga 59 tahun dengan minimum NAB (nilai aset bersih) sebanyak RM5,000 pada bila-bila masa. Tertakluk kepada syarat dan peraturan.”
Re-Opening of Public Ittikal Fund for Employees Provident Fund (EPF) Investments
We wish to inform that Public Ittikal Fund (P ITTIKAL) will be re-opened for EPF investments with effect from 20 October 2011. P ITTIKAL will however remain closed for cash sales.
Investors who wish to make cash investments may consider investing in our new fund, Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) which was launched on 11 October 2011. PITSEQ has similar features to P ITTIKAL and aims to achieve capital growth over the medium to long term period by investing in a portfolio of Shariah-compliant equities and sukuk. PITSEQ comes with free Takaful coverage on Group Term Life with Total and Permanent Disability plus Group Personal Accident, subject to terms and conditions.
ASB/ASN Haram - Jabatan Mufti Negeri Selangor
Sekadar berkongsi (sila klik): ASB/ASN Haram.
Closure of Sales for Public Ittikal Fund
We wish to inform that Public Ittikal Fund (PITTIKAL) will be closed for sales (including switching sales) from 16 June 2011 (Thursday) onwards or as soon as it reaches 3.35 billion units in size, whichever comes earlier.
Dana-dana Islam baru Public Mutual bermatlamat mencapai potensi pulangan yang lebih tinggi
Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual akan melancarkan dua dana baru, Public Dana Islamic Alpha-40 Growth (PIA40GF) dan Public Dana Islamic Infrastructure Bond (PIINFBF) pada 16 November 2010.
PIA40GF merupakan sebuah dana ekuiti Islam yang bermatlamat mencapai pertumbuhan modal dengan melabur dalam maksimum 40 saham mewah, saham indeks dan saham bertumbuh patuh Syariah terpilih yang tersenarai terutamanya pada Bursa Sekuriti dan pasaran-pasaran serantau.
PIINFBF pula adalah sebuah dana bon Islam yang menyediakan pendapatan tahunan kepada pelabur melalui pelaburan dalam sukuk bagi syarikat-syarikat sektor infrastruktur.
Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual Yeoh Kim Hong berkata, “PIA40GF mengguna pakai strategi pelaburan yang lebih bertumpu dan boleh mencapai potensi pulangan yang lebih tinggi dalam jangka masa sederhana hingga panjang di mana dana ini melabur dalam sebuah portfolio saham bertumpu yang mengandungi tidak lebih daripada 40 saham.” Beliau menambah bahawa 88% daripada sekuriti-sekuriti yang kini tersenarai pada bursa tempatan adalah berlandaskan Syariah. Ini mewakili lebih kurang dua pertiga daripada pemodalan pasaran Bursa Malaysia. Pelabur-pelabur yang ingin melabur dalam sekuriti patuh Syariah akan mempunyai pilihan saham-saham patuh Syariah yang meluas yang merangkumi pelbagai industri dan sektor dengan melabur melalui PIA40GF.
Dana Islam - Lebih Berdaya Tahan
Peningkatan kekayaan pelabur yang berminat melabur dalam produk-produk kewangan Islam dan perkembangan produk-produk Pasaran Modal Islam akan memperkukuhkan prospek pertumbuhan industri unit amanah Islam dalam jangka panjang.
Di Malaysia, permintaan untuk unit amanah Islam nyata semakin meningkat. Daripada hanya dua buah dana Islam pada tahun 1993, bilangan dana-dana Islam dalam industri unit amanah swasta di Malaysia telah meningkat kepada 146 buah pada hari ini. Setakat 30 Jun 2010, sektor dana Islam mempunyai nilai aset bersih (NAB) sebanyak RM26.37 bilion, iaitu kira-kira 31 peratus daripada industri unit amanah swasta di Malaysia.
Ciri-ciri Unit Amanah Islam
Ciri utama yang membezakan pengurusan dana Islam daripada pelaburan konvensional ialah pematuhannya kepada undang-undang Syariah. Dana-dana Islam mesti mematuhi aktiviti ekonomi yang patuh Syariah dan melabur hanya dalam syarikat-syarikat yang memenuhi kehendak Syariah. Di samping itu, dana-dana Islam tidak boleh melabur dalam bank-bank konvensional yang menawarkan produk dengan kadar faedah tetap tetapi boleh melabur dalam sekuriti Islam dan institusi kewangan Islam. Dana-dana Islam juga mesti menghindari daripada membuat pelaburan dalam syarikat-syarikat yang terlibat dalam produk-produk yang dilarang oleh undang-undang Islam seperti arak, tembakau, daging khinzir, perjudian dan pornografi.
Setelah menyingkirkan syarikat-syarikat dengan aktiviti perniagaan utama yang tidak mematuhi keperluan Syariah, penyaring kuantitatif, dalam bentuk nisbah kewangan, digunakan untuk memastikan syarikat patuh Syariah menjanakan pendapatannya dengan sumber kewangan yang mencukupi dan tanpa hutang yang berlebihan. Selain itu, dana Islam hanya boleh bergiat instrumen kewangan Islam dan tidak boleh mendapatkan atau menyediakan pinjaman konvensional mahupun melabur dalam produk-produk berfaedah konvensional, termasuk sekuriti hutang konvensional. Tunai yang dipegang oleh sesuatu dana hanya boleh dilaburkan dalam produk pelaburan jangka pendek patuh Syariah, misalnya instrumen pasaran wang.
Kalkulator Pengiraaan Simpanan KWSP Yang Boleh Dilaburkan
Untuk mengira jumlah wang KWSP anda yang boleh dikeluarkan dan dilaburkan ke dalam Pelaburan Unit Amanah: Klik Di Sini.
Kelebihan Pelaburan Syariah Unit Amanah
Kewujudan dana unit amanah berasaskan Syariah menambah satu lagi bentuk pelaburan kepada masyarakat untuk membuat tabungan dan pelaburan sekali gus memberikan pendedahan dan peluang berkecimpung dalam pasaran modal Islam dan pasaran kewangan Islam.
Alasan ketiadaan pengetahuan dan pengalaman, kekurangan modal serta masa bukan lagi kekangan dan penghalang. Terdapat pelbagai manfaat dan kebaikan yang bakal dinikmati oleh para pelabur atau pemegang unit apabila melabur dalam dana unit amanah berasaskan Syariah berbanding bentuk-bentuk pelaburan yang lain.
Antara kelebihan melabur dalam unit amanah berasaskan Syariah ialah dana diuruskan secara professional dan sistematik oleh pengurus yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti. Mereka ini berupaya membuat analisis pasaran serta mahir memilih komponen portfolio yang terbaik. Ini mencerahkan peluang para pelabur untuk memperolehi hasil pelaburan yang baik kelak.
Dengan adanya pengurus dana yang mempunyai kemahiran dan sumber bagi menguruskan dana, para pemegang unit tidak perlu begitu bersusah payah mengikuti perkembangan pasaran secara terperinci kerana kepentingan mereka diuruskan dengan baik oleh mereka yang berkebolehan dan berkelayakan.
Search
Categories
- advantage (5)
- KWSP (7)
- market report (25)
- opportunity (17)
- pelaburan syariah (10)