Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk lima daripada dana-dananya. Jumlah pengagihan kasar yang diumumkan bagi tahun kewangan berakhir pada 30 April 2011 adalah seperti berikut:

Public Dana Far-East Telco & Infrastructure: 2.25 Pengagihan/Unit
Public Dana Islamic Dividend: 2.00 Pengagihan/Unit
Public Dana Islamic Asia Dividend: 0.40 Pengagihan/Unit
Public Dana Far-East Balanced: 0.50 Pengagihan/Unit
Public Dana Global Balanced: 0.50 Pengagihan/Unit

Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual Yeoh Kim Hong berkata bahawa Public Dana Far-East Telco & Infrastructure, yang ditarafkan No. 1 bagi kategori Ekuiti Asia Pacifik oleh Lipper telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 18.94% bagi tempoh berakhir 8 April 2010. (sumber: Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 18 April 2011). Dana ini bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan modal jangka panjang dengan menumpukan pelaburannya di sektor-sektor telekomunikasi, infrastruktur dan utiliti di pasaran-pasaran Timur Jauh.

Public Dana Islamic Dividend dan Public Dana Islamic Asia Dividend telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 18.57% dan 11.02% masing-masing bagi tempoh yang sama. Public Dana Islamic Dividend adalah terbuka kepada Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Sementara itu, Public Dana Far-East Balanced dan Public Dana Global Balanced pula telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 4.16% dan 1.62% masing-masing bagi tempoh berakhir 8 April 2011.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dengan menguruskan sebanyak 85 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,440,000 pemegang akaun dan pada 31 Mac 2011, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM42.4 bilion.