Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual akan melancarkan satu dana baru, Public Dana Singapore Equity (PSGEF) pada 7 Jun 2011. Dana ini bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam sebuah portfolio pelbagai ekuiti Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual Ms. Yeoh Kim Hong berkata, “Bagi tempoh sepuluh tahun yang lepas dari 2001-2010, Singapura merupakan salah sebuah ekonomi yang bertumbuh paling cepat di rantau Asia Tenggara dengan kadar pertumbuhan purata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar sebanyak 5.7% setahun berbanding dengan pertumbuhan purata KDNK negara-negara ASEAN iaitu sebanyak 4.7% setahun bagi tempoh yang sama.” Disebabkan oleh infrastrukturnya yang berkelas antarabangsa dan suasana perniagaan yang sesuai, Singapura merupakan penerima terbesar bagi pelaburan terus daripada negara-negara asing di Asia Tenggara, dengan jumlah sebanyak AS$16.3 billion pada tahun 2009 atau 41%3 daripada jumlah pelaburan terus daripada negara-negara asing di Asia Tenggara.

Beliau bertambah bahawa sebagai sebuah pusat kewangan antarabangsa yang menyediakan rangkaian perkhidmatan kewangan yang meluas, Singapura mempunyai salah sebuah pasaran yang mempunyai modal terdalam dan tercair di Asia. Menurut Lembaga Kewangan Singapura (Februari 2011), pasaran ekuiti Singapura merupakan lokasi tersenarai yang paling dipilih bagi hampir 800 syarikat global.

Yeoh berkata, “Dengan melabur dalam PSGEF, pelabur berpeluang menyertai dalam potensi pertumbuhan ekonomi Singapura yang bingkas dengan penilaian yang menarik. Pelabur boleh memanfaat daripada potensi peningkatan dalam Dolar Singapura (S$) untuk suatu jangka masa. Dana ini juga sesuai untuk ibu-bapa yang ingin melindungi nilai perbelanjaan pendidikan masa depan anak mereka kerana pelaburan dalam ekuiti Singapura dijangka akan bertumbuh setara dengan kenaikan kos pendidikan di Singapura pada jangka masa panjang.”

PSGEF merupakan sebuah dana ekuiti yang bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam sebuah portfolio pelaburan terutamanya di pasaran Singapura. Dana ini boleh melabur sehingga 30% daripada nilai aset bersih (NAB) di pasaran domestik dan global bagi mencapai peningkatan kepelbagaian. PSGEF menumpu kepada sektor-sektor yang mempunyai prospek pertumbuhan yang berdaya tahan kuat seperti perbankan dan kewangan, harta tanah dan dana pelaburan harta tanah (REITS), konsumer, kumpulan kejuruteraan laut dan marin, sektor perkhidmatan dan komoditi.

Pendedahan ekuiti PSGEF adalah di antara 75% hingga 98% daripada NAB dana. Dana ini adalah sesuai bagi para pelabur yang bersifat agresif serta ingin membuat perlindungan nilai terhadap pendedahan mata wang dengan menyertai dalam potensi pertumbuhan dalam S$.

Harga terbitan permulaan PSGEF ialah sebanyak RM0.2500 seunit di sepanjang tempoh tawaran permulaan selama 21 hari dari 7 hingga 27 Jun 2011. Pelaburan permulaan minimum dana ini ialah RM1,000 dan pelaburan tambahan minimum ialah RM100. Di sepanjang tempoh tawaran, bayaran perkhidmatan promosi istimewa serendah 5% daripada harga terbitan permulaan seunit ditawarkan kepada para pelabur atas pembelian unit PSGEF. Para pelabur yang memilih untuk melabur menggunakan Arahan Debit Terus dengan PSGEF semasa tempoh tawaran juga akan menikmati bayaran perkhidmatan promosi sebanyak 5.25% NAB seunit selagi Debit Terus itu masih aktif. Tertakluk kepada syarat dan peraturan.

Pelabur-pelabur yang berminat boleh menghubungi mana-mana perunding unit amanah Public Mutual atau dail Talian Perkhidmatan Pelanggan 03-6207 5000 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai dana tersebut.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruskan sebanyak 86 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,440,000 pemegang akaun dan pada 29 April 2011, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM43.4 bilion.