Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual, mengumumkan pengagihan untuk sepuluh dana berjumlah lebih RM573 juta. Pengagihan kasar yang diumumkan untuk dana-dana berikut adalah bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mei 2011:

1. Public Dana Ittikal (PITTIKAL) : 8.00 sen seunit
2. Public Dana Islamic Equity (PIEF): 2.00 sen seunit
3. Public Dana Islamic Select Treasures (PISTF): 1.50 sen seunit
4. Public Dana Far-East Select: 1.75 sen seunit
5. Public Dana Regional Sector: 1.75 sen seunit
6. Public Dana Global Select: 0.75 sen seunit
7. Public Dana Dividend Select: 3.00 sen seunit
8. PB Dana ASEAN Dividend: 1.50 sen seunit
9. Public Dana Balanced: 7.00 sen seunit
10. Public Dana Select Bond: 4.50 sen seunit

Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual Yeoh Kim Hong berkata dana-dana ini telah mencapai prestasi yang baik bagi tempoh berakhir 13 Mei 2011.

Public Dana Ittikal dan Public Dana Islamic Equity telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 20.01 peratus dan 15.47 peratus masing-masing bagi tempoh berakhir 13 Mei 2011, berdasarkan Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 23 Mei 2011. Public Dana Ittikal yang dilancarkan pada tahun 1997, merupakan sebuah dana yang banyak memenangi anugerah, iaitu sebanyak 22 anugerah dana dalam kategorinya termasuk Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper dan Anugerah Dana Islam Failaka. Sebuah lagi dana yang patuh Syariah iaitu Public Dana Islamic Select Treasures yang dilancarkan pada 2008, telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 21.86 peratus bagi tempoh yang sama.

Bagi dana-dana serantau dan global pula, Public Dana Far-East Select dan Public Dana Regional Sector telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 24.25 peratus dan 23.69 peratus masing-masing bagi tempoh yang sama. Sementara itu, Public Dana Global Select telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 8.59 peratus bagi tempoh berakhir 13 Mei 2011, berdasarkan Jadual Dana The Edge-Lipper.

Sementara itu, Public Dana Dividend Select dan PB Dana ASEAN Dividend telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 21.67 peratus dan 21.65 peratus masing-masing bagi tempoh berakhir 13 Mei 2011.

Pada masa yang sama, Public Dana Balanced yang dilancarkan pada tahun 1995, merekodkan pulangan satu tahun sebanyak 15.01 paratus bagi tempoh berakhir 13 Mei 2011, sementara itu Public Dana Select Bond merekodkan pulangan satu tahun sebanyak 3.65 paratus berdasarkan Jadual Dana The Edge-Lipper.

Public Dana Ittikal, Public Dana Islamic Equity, Public Dana Islamic Select Treasures, Public Dana Balanced, Public Dana Dividend Select dan Public Dana Select Bond adalah terbuka kepada Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Kecuali PB Dana ASEAN Dividend yang diedarkan oleh cawangan-cawangan Public Bank di seluruh negara, kesemua dana-dana tersebut diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public Mutual.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dengan menguruskan sebanyak 85 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,440,000 pemegang akaun dan pada 29 April 2011, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM43.4 bilion.