Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual telah melancarkan sebuah dana Islam baru, Public Dana Ittikal Sequel (PITSEQ) pada 11 Oktober 2011. PITSEQ merupakan sebuah dana ekuiti Islam yang bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang.

Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual Yeoh Kim Hong berkata, “Ekonomi Malaysia dijangka menunjukkan pertumbuhan berdaya tahan sebanyak 4.8% dan 5.3% dalam tahun 2011 dan 2012 masing-masing, disokong oleh perbelanjaan pengguna yang kukuh serta pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan. PITSEQ memberi anda peluang untuk mengambil bahagian dalam potensi pertumbuhan pasaran ekuiti melalui pelaburan ekuiti patuh Syariah dalam portfolio pelbagai syarikat berkaitan indeks, saham mewah dan syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan dan disenaraikan di Bursa Sekuriti.”

Beliau bertambah, “PITSEQ dilengkapi dengan perlindungan takaful percuma bagi Perlindungan Hayat Kumpulan dengan Hilang Upaya Sepenuhnya dan Kekal di samping Kemalangan Diri Kumpulan bagi pemegang unit yang berumur di antara 18 hingga 59 tahun dengan minimum NAB (nilai aset bersih) sebanyak RM5,000 pada bila-bila masa. Tertakluk kepada syarat dan peraturan.”

Bagi mempelbagaikan pelaburan, PITSEQ boleh melabur sehingga 30% daripada NAB dana dalam pasaran-pasaran luar negara terpilih. Pasaran-pasaran luar negara yang boleh dilabur oleh dana ini termasuk Singapura, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, Hong Kong, Negara China, Negara Thai, Indonesia, Filipina, India, Australia, Amerika Syarikat dan pasaran-pasaran lain yang diluluskan.

Pendedahan ekuiti PITSEQ adalah di antara 70% hingga 98% daripada NAB dana. PITSEQ adalah sesuai bagi pelabur-pelabur agresif yang ingin mengambil bahagian dalam potensi pertumbuhan jangka masa sederhana hingga panjang terutamanya melalui pelaburan ekuiti patuh Syariah Malaysia.

PITSEQ diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public Mutual. Pelabur-pelabur yang berminat boleh menghubungi mana-mana perunding unit Public Mutual untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai dana tersebut.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruskan sebanyak 90 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2.5 juta pemegang akaun dan pada 29 August 2011, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM42.4 bilion.