Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk lapan daripada dana-dananya. Pengagihan kasar yang diumumkan untuk dana-dana berikut adalah bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Oktober 2011:
  1. Public Industry Fund: 5.00 sen/unit
  2. Public Equity Fund: 3.00 sen/unit
  3. Public Sector Select Fund: 2.00 sen/unit
  4. Public South-East Asia Select Fund: 2.50 sen/unit
  5. Public Asia Ittikal Fund: 1.25 sen/unit
  6. PB Australia Dynamic Balanced Fund: 3.00 sen/unit
  7. PB Asia Real Estate Income Fund: 2.00 sen/unit
  8. Public Islamic Bond Fund (PIBOND): 5.00 sen/unit
Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual Yeoh Kim Hong bersukacita dengan keupayaan syarikat mengumumkan pengagihan walaupun keadaan pasaran kini amat mencabar.


Public Dana Industry, Public Dana Equity dan Public Dana Sector Select merupakan dana-dana ekuiti yang diluluskan di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP. Public Dana Industry bermatlamat mencapai pertumbuhan modal tinggi dalam jangka sederhana hingga panjang melalui pelaburan dalam industri-industri bertumbuh, sementara

Public Dana Equity pula bermatlamat mencapai pertumbuhan modal melalui pilihan agresif saham-saham bertumbuh dari pelbagai sektor ekonomi. Public Dana Sector Select bermatlamat mencapai pertumbuhan modal jangka panjang dengan melabur dalam sebuah portfolio sekuriti dari sektor-sektor pasaran terpilih di pasaran domestik yang berpotensi menawarkan pulangan pelaburan yang menarik.

Bagi dana-dana serantau Public Mutual pula, Public Dana South-East Asia Select merupakan sebuah dana ekuiti yang menawarkan peluang kepada para pelabur untuk mengambil manfaat dari potensi pertumbuhan pasaran-pasaran Asia Tenggara, manakala Public Dana Asia Ittikal ialah sebuah dana ekuiti patuh Syariah yang bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam sebuah portfolio pelaburan yang melabur di pasaran-pasaran domestik dan serantau yang memenuhi kehendak Syariah.

Bagi kategori dana seimbang, PB Dana Australia Dynamic Balanced memberi peluang kepada pelabur-pelabur untuk menyertai potensi pertumbuhan pasaran Australia, sementara itu PB Dana Asia Real Estate Income menawarkan peluang kepada para pelabur untuk menyertai prospek pertumbuhan sektor hartanah dan amanah pelaburan hartanah (REITs) di Asia. PB Dana Asia Real Estate Income menawarkan perlindungan insurans percuma sehingga RM100,000 bagi setiap pemegang unit yang layak. Tertakluk kepada syarat dan peraturan.

Public Dana Islamic Bond merupakan sebuah dana yang telah memenangi banyak anugerah, iaitu sebanyak 18 anugerah dana dalam kategorinya daripada Anugerah Dana Islam Failaka (Dubai), Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper, Anugerah Dana Morningstar (Malaysia) dan Anugerah Dana Pelaburan Malaysia The Star/Standard & Poor’s. Public Dana Islamic Bond merupakan sebuah dana bon yang bermatlamat untuk menawarkan pelabur pendapatan tahunan melalui pelaburan dalam sekuriti hutang Islam.

Kesemua dana di atas diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public Mutual kecuali PB Dana Australia Dynamic Balanced dan PB Dana Asia Real Estate Income yang diedarkan melalui cawangan-cawangan Public Bank di seluruh negara.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dengan menguruskan sebanyak 89 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2.5 juta pemegang akaun dan pada 30 September 2011, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM41.3 bilion.